Islam dan Roti Canai Terbang
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
Orang beriman, mereka percaya Al-Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah. Dari sebesar-besar perkara seperti pentadbiran negara dan pembangunan masyarakat hinggalah kepada hal-hal yang kecil seperti penjagaan haiwan ternakan, semuanya diajar di dalam kitab perundangan Islam iaitu Al-Qur’an.
Firman Allah:
“... dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” Surah an-Nahl ayat 89.
Roti canai pula adalah salah satu dari beratus-ratus jenis makanan yang ada dalam dunia masakan. Dengannya Allah memberikan kita tenaga untuk kita meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.
Membuatnya tidaklah mudah. Hanya segelintir dari kalangan manusia sahaja yang mampu.
Namun, persoalannya sekarang wahai orang beriman yang mengakui agama sebagai sistem hidup yang membawa berjaya, pada ayat manakah di dalam Al-Qur’an yang menceritakan tentang cara membuat roti canai terbang?
Apa kata sesiapa memberikan pandangan tentangnya.
Akan bersambung..
Salam..
Sy ada pernah dgr satu ayat Al-Qur'an yg menyuruh kita blajar kpd mereka yg lebih pakar dn mengetahui.. Afwan, tp sy xpasti ayat yg mana..
Slain itu, sy pernah jga mndengar pndpt ustaz yg mengatakan Al-Qur'an itu pd hakikatnya bknlah sumber ilmu.. Akan tetapi, ia adlh sumber petunjuk bg manusia.. Yg mna dgn petunjuk Al-Qur'an, manusia dpt terpandu dn terarah dlm menerokai segenap ilmu yg bertaburan di atas muka bumi ini..
Wallahu'alam
erk...can't think
salam,
ya, sprti sLave_oF_Almighty .. belajar kepada org yang lebih arif .. ana pun xingat ayat mana..
stuju dgn sLave_oF_Almighty ...
Assalamu'alaikum.
Kalau ana tak silap, Surah Al-Anbiya,21, ayat 7:
"...maka tanyalah kepada orang yg berilmu, jika kamu tidak mengetahui."
Wallahu'alam.
ana hamba yg kecil sekali dalam ilmu agama..jadi ana tak tahu jawapan dia..asif jiddan..tapi ana janji bila ana masuk 'u' nanti,ana nak tumpu kepada ilmu agama secukupnya..insaAllah
wa'alaikumussalam.
dah ada pun orang yang jawab, jadi sampai sini saja. syukran semua atas respon.
moga Allah redha dengan kita.