pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Kisah Mereka, Siapakah Yang Percaya?

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


(artikel ini tak lah panjang sangat, apa kata anda ruangkan masa membaca setiap perkataannya. Terima kasih untuk diri anda sendiri.)


HIDUP YANG BERMUSIM



Saya sangat selesa untuk mengibaratkan hidup kita ibarat putaran alam yang diwakili empat musim.


Ada musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim luruh. Kehidupan kita ibarat musim-musim ini.


Kadang-kadang kita berasa sangat suka dengan sesuatu. Ketika itu, semua yang di sekeliling kita seperti sedang tersenyum. Seperti bunga yang memekar.


Pada masa yang lain pula kita terasa sangat membenci sesuatu. Alam terasa panas. Semua yang berlaku tidak dapat kita hadapi dengan ketenangan.


Ada juga masa kita berduka, sedih dan merana. Kala itu, hati serasa luruh. Bagaikan tiada kemanisan untuk terus hidup. Masa depan jadi gelap gelita.


Sangat menakutkan. Kepedihan akan bergema. Kepayahan terpercik ke segenap ruang.


Ketika itu, hanya mereka yang gagah hatinya akan bangun daripada kejatuhan.


MENGAKU KALAH BUKAN PILIHAN KITA



Dalam menghadapi semua jenis kehidupan ini, yang kebanyakannya manusia mengatakan dipenuhi kesuraman, hanya mereka yang berasa asing dengan istilah putus asa sahaja yang terus bergerak menjadi hebat.


Bukankah Thomas Elbert Edison tersalah sebanyak beribu kali sebelum mentolnya menyala?


Bahkan Konstantinople (Istanbul) sebagai kuasa besar dunia pada suatu ketika ditundukkan Sultan Muhammad Al-Fatih selepas cubaan demi cubaan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bilangan yang bukannya sedikit, tetapi selama 800 tahun!


Itulah cerita orang-orang yang tidak mahu mengaku kalah.


Kisah kita bagaimana?


Apa kata kita mulakan kisah kita yang tersendiri. Kisah kita untuk diri kita tetap tinggi walaupun jatuh beribu kali.


‘Biar rebah tak akan menyerah’.


‘Kita ada Allah Maha Kuasa. Kita punya kuasa tenaga. Doa sebagai senjata. Umat Islam sentiasa boleh’.

KISAH ORANG BERIMAN. SIAPA PERCAYA?






Sebagai motivasi untuk memulakan kisah kita, apa kata kita renungkan sebuah cerita. Kisah manusia paling mulia bersama sahabatnya yang paling berat iman.


Kisahnya begini:


Ketika dalam perjalanan Hijrah nabi ke Madinah, baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan sahabatnya Abu Bakar Radiyallahu anhu duduk bersembunyi di dalam Gua Thur.


Namun pihak kafir Quraish mencari mereka sampai ke situ.


Ketika itu, Abu Bakar radiyallahu anhu yang melihat kaki-kaki Quraish ketika mereka sedang berdiri di muka gua itu menggeletar kerisauan.


Beliau yang bimbangkan nyawa Rasul berkata: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, kalau salah seorang daripada mereka melihat ke tempat letak kakinya, nescaya dia akan melihat kita."


Tapi apa jawab baginda nabi?


Baginda bersabda dengan ucapan yang sangat meyakinkan hati-hati yang mendengar.


Sabda baginda kepada Abu bakar, “apa pendapat kamu, jika kita berdua dan yang Ketiganya adalah Allah!”


Maka inilah kisah mereka. Kisah orang beriman.


Siapakah yang mahu percaya?


“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.. Surah At-Taubah ayat 40.

Twitter
Facebook

salam dari syarikat turath islami,menjual hardisk kitab, promosi selama 3 bulan, dengan harga istimewa le 950 ..anda jimat le 550 ..mklumat lnjut hubungi saya 011 6391176

erm.. soalan tak terjawab, iklan pula yang muncul..
moga Allah redha dengan kta..

menarik...
ada lagi kisah2 lain:
1. nabi balik dr taif, dakwah di sana x berjaya tetapi golongan jin pula yg beriman (rujuk surah al-jin)
2. kepungan 3 tahun di mekah, nabi dan para sahabat terus bersabar, akhirnya bantuan Allah tiba, siapa sangka anai2 memakan kertas perjanjian tersebut kecuali kalimah Bismikallahumma.
3. api yg sepatutnya membakar menjadi sejuk dlm kisah nabi ibrahim.
4. perang badar...313 lawan 1000. seperti perang di ghaza thn lalu...hebatnya tentera hamas...
5. siapa sangka dakwah al-banna kita tersebar ke serata pelusuk dunia?

ini semua kisah2 orang beriman. al-imanu awalan.
tahniah naimul firdaus.

Salam'alayk.

Alhamdulillah, jazakallah atas artikel yang membuka pemikiran. Orang beriman, hatinya selalu dengan ALLAH dan yakin pada bantuan ALLAH maka semua orang beriman akan termotivasi dengan bantuan ALLAH kerana tawakkal pada ALLAH setelah berusaha. Ya, USAHA...

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN,
terima kasih atas perkongsiannya. cerita keimanan memang banyak. cuma kita sahaja yang selalu lalai dari mengingatinya..
Moga Allah pilih kita untuk berada dalam soff pejuangnya.

الوردة الشوكية ,
betul sangat, orang beriman cerita mereka sangat luar biasa.
moga kita tergerak unuk mencontohi, harap Allah redha dengan kita

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk