Sedih. Apa Nak Buat...
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
DIRI YANG RUGI
Hari-hari yang kita lalui, sangat merana jika setiap masa yang kita berada di dalamnya tidak kita penuhi dengan jalan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.
Setiap detik, tanpa sesaat pun daripada masa kita yang kita akan terlepas.
Bukan sekadar perbuatan maksiat kita akan dihitung, bahkan amalan ibadah kita juga tidak terlepas daripada pengawasan malaikat-malaikat Allah.
Amalan kita yang sedikit cuma, bila dihisab nanti agak-agak banyak mana?
Mesti sedih kalau kita dapat fikirkan.
ALLAH ADA, DIA TAK SIA-SIAKAN HAMBANYA
Namun, Allah tak pernah mensia-siakan hamba-Nya.
Dia tahu hamba-Nya ada dari kalangan mereka yang ikhlas diri dan penuh menggantung harapan kepada Dia.
Mereka yang meletakkan pergantungan kepada Dia, bukan kepada amal sendiri.
Kerana Dia yang memegang bongkahan hati kita.
Kerana itu, bila hendak mengubah hati, hendak momohon hati atau hendak dijauhkan hati, mintalah kepada-Nya.
SAYA RISAU. ANDA BAGAIMANA?
Memikirkan semua ini, saya merenung sendiri. Pada umur yang tidak tahu dapat bertahan sehingga bila, pada ajal yang datangnya tanpa diminta.
Risau kan? Anda pun mesti pernah terfikir akan dosa-dosa yang banyak yang pernah dibuat.
Agak-agak ke mana nak dibawa dosa-dosa tu?
Mahu diseret menghadap Ilahi?
Apa kata kita fikirkan semula?
"Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikit pun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong." (Surah Al-Baqarah ayat 123)
teringat cerpen ‘Dia Berikan Tangannya’ nukilan Rahmat Purnama Mulya..
cerpen yang mampu membuat air mata menitik, menceritakan tentang manusia yang mengorbankankan tangannya demi manusia lain yang bukan seagama. baca anugerah sastera kumpulan utusan, pemenang cerpen remaja 2005, 'Pelangi, Kami Ingin ke Sana'
bismillahirrahmanirrahim..........
wabihi nastai'n,
allhumma shalli a'la muhammad waa'la alihi wa shohbihi ajmai'n
alhamdulillah, makin mantap penulisan,moga hati anda selalu mengingati Allah..
setelah menyesali segala kesalahan, berusaha untuk berubah
wassalam
Alhamdulillah, segala jenis pujian, semuanya balik kepada Allah..
marilah, kia sama-sama tunduk, dan merendah dir di hadapan-Nya..
moga Dia redha dengan kita..