pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Video Panas dan Sajak Bernafsu

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1) 

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.
 

Tak tahu sebenarnya patut cakap apa. Apapun cuba anda hayati video di bawah ini. Visualnya menarik, lagunya pula sangat sedap didengar.



Ini pula puisi yang saya hasilkan beberapa hari lepas. Saya memang tak pandai buat puisi, jadi puisi yang saya hasilkan ini tak menarik mana.

Ini adalah luahan hati saya sendiri.


PUISI: JANGAN TENDANG HATIKU

Kau dunia,
Makhluk sepertiku juga,
Yang mencipta aku,
Itulah juga Tuhanmu.

Takkan aku berputih,
Walau dihujan ujianmu,
Aku tetap mahu berdiri,
Biar silahmu memakan hati,
Aku bukan pengalah.

Kau dunia,
Helah dan silahmu,
Merenjis wangian bangkai,
Menyolek gadis hodoh,
Memahkota nama keji,
dan pangkat yang terkutuk.

Kau dunia,
Katanya kau jambatanku,
Mana?
Mana rentasanmu?
Kau hanya menyeretku,
Menjadi sesat.

Aku,
Aku ini masih berdiri,
Usai jatuh semalam,
Kali ke seribu.

Kau dunia,
Dengarlah kataku,
Minggirlah kamu,
Aku senang tanpamu.

Tahukah?
Yang kau tendang ini,
Adalah hatiku!

Kutahu kau dan mainmu,
Maka aku ingin terbang,
Mengasing,
Menjauh,
Menggenggamu,
Hanya dengan hujung jari.
_____________________________________________________________________________________

Sebenarnya puisi ini juga merupakan puisi perpisahan saya dengan blog ini. Herm, ayat macam sedih pulak.

Bukannya apa, saya mahu pergi bertapa. Namun bukanlah ke Gua Hira’ seperti yang dilakukan baginda nabi Muhammad , bukan juga ke Jabal Tursina walaupun saya dah ada di Negara yang Jabal ini terletak di sini.

Saya pun tak pasti juga mahu bertapa ke mana. Kalau dapat di Masjid Al-Azhar pun dah cukup.

Dan tak tahu bila pula mahu kembali. Cadangnya sebulan dua. Tapi itu cadangan saya lah. Mungkin lebih cepat, mungkin juga tak balik langsung. Haha~

Yang menentukannya bukan saya, sebaliknya ada suatu kuasa lain yang lebih besar. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap orang apa yang diniatkan olehnya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan kepada Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk segala habuannya, dan kerana perempuan kerana hendak menikahinya, maka berhijrahlah dia kepada apa yang dia hijrahkan tadi” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pesan saya. Marilah sama-sama kita memperbaharui niat kita hidup di dunia ini. Hidup ini adalah untuk mati. Maka persediaan ke situ sangatlah membantu kita.


                                                     semalam genap 7 bulan saya di negara orang


wassalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Twitter
Facebook

Semoga 'izlah' nya diri bermanfaat dan meningkat ketakwaan sbgi hamba-Nya.
Sama2 berusaha mmpertingkatkan syakhsiah diri..

~not bad pun puisi ni. okai je... still ade nilai sastera dan yg penting, ada isi.( saya suka puisi di atas)

~salam ziarah.

salam ziarah.. puisi diatas santai dan ringkas penyampaiannya...
smg trus thabat dalam perjuangan..

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk