hari ke-10. hujan emas di negeri orang
Apabila saya menjejakkan kaki semula ke tanah air yang tercinta ini pada hari Ahad minggu lepas, pelbagai perkara yang bermain di fikiran saya.
Saya terfikir-fikir apa yang saya patut buatkan lantaran cuti tak rasmi kali ini berkemungkinannya memakan masa tidak kurang sebulan.Saya juga mencongak tentang apakah nantinya reaksi ahli keluarga dan semua kenalan tatkala melihat saya, setelah 15 bulan saya berkelana di negara orang.
Tetapi, semasa itu saya kurang pula terfikir tentang keadaan di Malaysia ini. Tentang masyarakatnya, dan tentang cabaran hidup untuk diharungi di negara hujan batu ini.
Hinggalah batu-batu yang dihujankan itu menimpa kepala dan tubuh, saya baru tersedar.
Tersedar bahawa hujanan inilah yang sepatutnya saya risaukan.
Tuhan, perkuatkanlah hamba-hamba-Mu ini.