perkara asas untuk menjadi baik
Ketika artikel ini ditulis, saya masih di Mesir. Cuma saya setkan untuk terbit pada tarikh hari ini.
Bukan apa, sebagai persediaan kalau tak ada masa langsung, maka blog saya ini tidaklah bersawang hingga berminggu-minggu.
Perkongsian kali ini ringkas sahaja. Saya mahu berkongsi antara perkara asas untuk menjadi baik.
Hanya dua perkara yang mahu saya fokuskan pada kali ini untuk kita usahakan jika niat di hati benar-benar mahu menjadi orang baik.
Perkara pertama untuk jadi baik adalah jadikan diri kita orang yang suka menerima dan meminta nasihat. Mulakan dari sekarang, apabila ada nasihat diberikan kepada kita, atau kepada sesiapa pun, kita ambil nasihat itu sebagai peringatan buat diri sendiri.
Kalau tak ada orang yang suka nasihat, cuba cari juga. Carilah orang-orang yang betul-betul berkeahlian. Kemudian mintalah nasihat daripadanya. Lama-lama kelamaan nasihat-nasihat itu akan meresap di dalam hati kita.
Perkara kedua untuk menjadi baik pula adalah suka memberi nasihat. Penerangannya, tunggu artikel yang akan terbit esok.