pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kamu sudah diberikan pelmacam nikmat, berterima kasihlah!

Sekurang-kurang lafaz untuk kita ucapkan apabila bersyukur adalah dengan menyebut Alhamdulillah.



Namun, apabila lafaz hanya diucap sebagai sebuah lafaz, tanpa apa-apa erti yang kita selitkan di sebaliknya, maka lafaz itu menjadi tidak lebih daripada hanya sebuah lafaz.



Kerana itulah apabila mengucapkan Alhamdulillah, yang membawa makna kita memuji Allah - Tuhan pemberi nikmat - dengan segala pujian, sangat perlu untuk kita menzahirkan makna daripada pujian itu di dalam amalan kehidupan.



Maknanya, apabila kita selesai mengucapkan Alhamdulillah dengan lafaz yang di lidah, bersegeralah pula untuk kita menzahirkan makna di dalam ucapan Alhamdulillah itu dengan cara kita melaksanakan semua suruhan Allah dengan perbuatan seluruh anggota, yang lahir mahupun yang batin.



Bukankah tadinya kita sudah memuji Dia?



Adakah kita memuji tanpa merasakan kebaikan daripada pihak yang kita puji?



Jika jawapannya tidak, maka di mana kurangnya sehingga kita merasa terpaksa untuk mematuhi suruhan-Nya?

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk