pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

jika benar kita cintakan baginda


"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sungguh mulia."



Inilah jawapan yang dijawab oleh Allah, menjawab kepada tuduhan liar yang dilemparkan golongan musyrikin kepada baginda Nabi.



Mereka menuduh bahawa Nabi kita Muhammad S.A,W itu seorang gila.



Sebaliknya Allah menjawab, bahkan sesungguhnya Muhammad itu seorang yang sangat baik akhlaknya, lagi terpuji. 



Kali ini, bukan lagi manusia yang menjawab bagi pihak baginda. Sebaliknya yang menjawab itu adalah Allah, sedangkan Dia sendiri Yang Maha Mulia.



Kerana itu, di tanggal 12 Rabiul-Awwal ini, marilah kita menghayati akhlak baginda yang teramat mulia ini kerana sesungguhnya Allah telah berfirman,


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah."

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk