menulislah dengan kemampuan
Jika anda perhatikan, gaya menulis saya di dalam blog ini agak tidak sekata.
Ada artikel yang pendek, ada pula yang panjang. Kebanyakannya yang panjang tu adalah artikel saya pada tahun lepas. Contohnya ini (klik). Artikel-artikel pendek pula kebanyakannya adalah daripada entri-entri yang terbaru seperti artikel muslim yang paling jahat.
Malah, saya juga pernah bertanya panjang tulisan setakat mana yang anda semua mahu.
Dan jawapannya, saya simpulkan bahawa penulis sendiri patut lebih tahu bagaimana untuk menulis dengan baik.
Menulislah dengan rela hati, tanpa paksaan. Tetapi berdisiplin.