isu Mesir: saya mengajak kita semua bertenang
Pertamanya, masih terlalu ramai rakyat Malaysia di Mesir yang selamat, jauh daripada gangguan keselamatan mahupun pakai dan makan -saya antaranya.
Namun, situasi tidak sekata tetap merencahkan resah dalam perisa kerisauan ramai orang.
Maka, di sesak masa dan bingit suara, yang paling baik untuk kita amalkan adalah ketenangan.
Apapun, dan bilapun, kita usahakan agar segalanya dengan jalan yang terbaik. Iaitu bukan dengan jalan kecoh dan gelojoh.
Saya hanya berharap kita bertenang.