memelihara hati
Hati yang saya maksudkan ini adalah hati maknawi yang duduknya di jantung manusia. Hati ini tidak dapat dilihat, sebaliknya hanya dapat dirasa seperti mana halnya rasa manis yang dapat dirasa pada gula.
Bagi saya, hati antara lainnya adalah tempat di mana letaknya perasaan. Sama ada perasaan yang positif mahupun perasaan yang negatif, tempat keluarnya adalah hati.
Ini menunjukkan betapa hati perlu dijaga kerana di situlah tempat perasaan manusia diletakkan.
Bahkan, hati inilah tempat yang Allah pandang untuk mengira perbuatan-perbuatan manusia.
Dijemput untuk tonton video di bawah ini untuk memahami apa yang saya tuliskan di atas.
p/s: Ustaz Zainol Asri Haji Ramli yang menyampaikan ceramah ini adalah salah seorang ulama muda yang sangat disegani di kawasan utara tanah air.