Puisi Akhir Masihi
ini adalah entri penutup untuk tahun ini, dikemaskini menggunakan handset.
maka, tiada edit-edit tulisan dan gambar, dan saya letakkannya di kategori live.
PUISI AKHIR MASIHI
bila hati mati,
semua perisa rasanya sepi.
ada yang dipandang indah,
namun itu hanyalah mimpi-mimpi indah,
di malam gelita.
lalu akhirnya tersedar,
mana si manisku tadi?
mana pengikutku yang memuji?
mana hartaku yang bertimba?
semua indah kembali sepi,
kerana hati yang telah mati,
bukannya buana menjadi sepi.