pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

yang terbaik turun dari langit 2



Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).




Apabila seorang hamba kepada Allah S.W.T mahukan kepada taufiq yang datangnya daripada Allah, tidak dapat tidak dia mestilah mengetahui apakah sebenarnya taufiq ini dan tanda-tanda orang yang mendapatnya.



Mengetahui tanda-tanda orang yang mendapat taufiq adalah diperlukan bagi orang yang menginginkannya kerana melalui tanda-tanda inilah dia akan berusaha untuk mendapatkannya.



Adapun jika tidak Berjaya mendapatkan taufiq sebagaimana yang didapati seperti para sahabat nabi, cukuplah dengan kita meniru perbuatan mereka kerana ulama kita menyebutkan bahawa meniru perbuatan orang yang baik-baik adalah satu kemuliaan.





Secara umumnya, tanda terbesar bagi orang yang mendapat taufiq adalah mendapat taufiq untuk melakukan amalan soleh.



Amalan soleh yang dimaksudkan bukanlah semata-mata kita beribadah kepada Allah seperti solat, puasa dan sebagainya sahaja, tetapi amalan soleh ini berbentuk umum iaitu apa sahaja yang dilakukan kerana Allah dan bertepatan pula cara perlaksanaannya, maka itulah dia amalan soleh.



Berkenaan perkara ini, Allah S.W.T telahpun berfirman di dalam kitab-Nya melalui surah Al-Ahzab pada ayat yang ke 71 yang mafhumnya antara lain bermaksud,



"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk