pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

yang terbaik turun dari langit 3

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Selain dapat melakukan amalan soleh, secara khususnya tanda-tanda orang yang mendapat taufiq  juga adalah mendapat ilmu berkenaan agama.



Sabda Nabi kita Muhammad S.A.W,

“Barangsiapa yang Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka Allah akan menjadikan dia fakih (tahu dan amal) dalam urusan agama”




Hidup kita sebagai manusia di bumi ini akan berakhir sebelum kemudiannya kita berpindah kepada sebuah kehidupan yang tiada lagi pengakhirannya iaitu akhirat.



Maka ia menjadi menjadi suatu yang lazim kepada kita bahawa untuk hidup aman di akhirat memerlukan kepada amal soleh di dunia yang mana amalan-amalan ini tidak dapat kita laksanakannya dengan baik melainkan dengan kita berilmu tentangnya.



Bahkan, ilmu-ilmu agama ini tidaklah tertumpu kepada pengajian-pengajian yang di dalam masjid-masjid sahaja, tetapi ia juga melibatkan segala ilmu yang apabila kita mempelajarinya, maka ia akan mendatangkan kebaikan kepada urusan agama kita ini.



Adapun ilmu-ilmu fardhu ain yang mesti untuk dikuasai oleh setiap daripada individu muslim adalah ilmu Tauhid, Feqah(ibadah), dan Tasauf(akhlak).



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk