pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

tidak memilih

Entah mengapa, arus gelombang perubahan yang diharap-harapkan kelihatan tidak muncul-muncul. Titik Awal Muharram masih juga gagal menjadi penyambung kepada titik-titik perjalanan kita menuju titian kejayaan, sekalipun seruan kepada kejayaan itu berlangsung saban hari sebanyak lima kali.




Jika tarikh Muharam yang dipilihkan oleh para sahabat nabi sebagai tarikh untuk bermulanya Kalendar Islam ini tidak dijadikan juga sebagai tarikh untuk kita mulakan sebuah lonjakan ke arah perubahan, sedarlah bahawa kita sekarang sedang banyak berlengah.




Bukankah sudah banyak ‘dateline’ yang kita abaikan sebelum ini?




Perubahan itu perlu, kerana kita mengimpikan syurga Allah. Sesiapa yang tidak bergerak kepada perubahan, maka dia sebenarnya sedang sengaja untuk tidak menempah syurga Allah.




Buktinya, para sahabat nabi, mereka berubah daripada bangsa jahiliyyah kepada sebuah umat terbaik selepas diserukan kepada mereka tentang keimanan.





Berubah Bukan Pilihan


Siapa yang berkata bahawa dirinya sekarang adalah dirinya yang sebenar?


‘Aku ni memang jenis tak sabar, panas baran.’


 ‘Aku plak mudah tersinggung.’


Dan pelmacam lagi sifat buruk yang kita nisbahkan kepada diri sendiri, lalu dikatakan memang jenis penciptaan kita seperti itu.


Sebenarnya apa yang berlaku?


Saya jawab, sebenarnya kita sedang mencari alasan untuk tidak ke syurga.


Bahkan, kelihatannya kita diberi pilihan untuk berubah atau tidak berubah. Seperti juga seolah-olah pilihan disediakan apabila pengakhiran kita di akhirat juga dengan dua tempat kembali, syurga dan neraka.


Tetapi siapa yang sanggup berkata pilihan kedua selepas tidak layak ke syurga adalah ke neraka?


Maka saya katakan berubah bukan pilihan, melainkan kamu berfikir bahawa neraka itu sebagai tempat berehat.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra’d ayat 11 (untuk penambahan, klik sini)


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk