pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

yang terbaik turun dari langit 4

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Tanda seterusnya bagi orang yang mendapat taufiq daripada Allah ialah dapat menyebarkan kebaikan dan dakwah kepada Allah S.W.T untuk mengislah(memperbaiki) manusia.



Menyebarkan kebaikan dan dakwah adalah suatu tugas yang sangat mulia dan besar pengertiannya kerana inilah peranan terbesar para rasul apabila Allah mengutuskan mereka kepada manusia untuk menyampaikan risalah murni daripada Allah S.W.T.




Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Fussilat pada ayat yang ke 33 yang berbunyi,



“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh dan berkata pula bahawa sesungguhnya aku termasuk dari kalangan orang Islam.”



Apabila tugas mengajak manusia lain kepada Allah dan beramal soleh ini dilaksanakan oleh seorang muslim, seharusnya dia tidak berasa lemah atau kurang, sebaliknya yang perlu dia rasakan adalah kebanggaan dan penuh bersemangat kerana inilah tugas terbesar yang dilaksanakan oleh golongan manusia yang paling mulia, para Rasul-rasul Allah A.S.



Bahkan, bagi orang-orang yang mengajak manusia lain kepada kebaikan, mereka mendapat bonus yang sungguh besar iaitu mendapat pahala orang yang melakukan amal soleh hasil daripada apa yang dia serukan kepada individu tersebut untuk melakukannya. Hal ini adalah sepertimana yang dijanjikan oleh baginda Nabi S.A.W melalui hadis baginda yang maksudnya,


“Barangsiapa yang menunjukkan kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala sepertimana yang didapati si pelaku.”



Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk