inilah makna bahagia
Assalamualaikum.
Sudah ramai yang mengulas bahagia, tetapi kali ini biarlah hamba pula yang berkata-kata.
Menghadkan bahagia terhadap kekayaan lahiriah semata-mata memang telah lama ditolak oleh manusia kebanyakan. Tetapi menghadkan bahagia kepada apa yang kelihatan di dunia, inilah yang selalu manusia banyak amalkan.
Mungkin kelihatan kejam untuk menyatakan bahawa bahagia ini tiada di dunia.
Tetapi itulah hakikatnya. Bahagia tempatnya di dalam syurga, bersama keredhaan tuhan manusia, Allah Si Pencipta bahagia.
Selain dari itu, tiada bahagia yang pasti. Harta yang banyak belum menjamin bahagia. Keluarga yang ramai belum menjamin bahagia. Pangkat yang tinggi dan digilai ramai belum menjamin bahagia. Senaraikanlah apa sahaja, selagi ianya bukan keredhaan Allah bersama syurgaNya, itu bukan bahagia yang pasti.
Waima memiliki kehidupan belum bermakna bahagia. Bahkan nabi-nabi Allah terdahulu ada yang mati dibunuh musuh-musuh mereka!
Tidakkah bahagia maknanya bersama redha Pemilik Semesta?
"Seorang mukmin tidak akan puas hingga pengakhirannya adalah syurga!" Al-hadis