isu mahasiswa berpolitik (upsi berdarah), pandangan orang luar
Assalamualaikum.
Pada pandangan saya sebagai orang luar, berkenaan isu mahasiswa berpolitik terutamanya yang terbaru berkaitan insiden upsi berdarah, sudah sampai masanya untuk setiap pihak meluaskan cara pandang dan lebih terbuka dalam menghadapi semua keadaan.
Masyarakat terutamanya pihak yang memegang kuasa di peringkat mana pun mereka berada sepatutnya telahpun faham bahawa corak fikir dan tindakan mahasiswa sekarang adalah berbeza.
gambar hiasan tiada kena mengena dengan mahasiswa upsi dipukul
Situasi yang berlaku sekarang adalah mahasiswa kita tidak lagi hanya puas untuk duduk-duduk di bangku kerusi kuliah dan hanya tunduk patuh pada pendidikan yang dipelajari.
Saya tidak faham apabila para pelajar diajar bahawa kezaliman harus dibanteras, tiba-tiba mereka dibantai apabila mereka cuba untuk mencari keadilan.
Jika benar sekalipun mereka bersalah dalam cara bertindak, maka mengapa mereka dilayan seperti penjenayah?
Pihak-pihak yang memegang kuasa harus faham bahawa pihak yang mereka hadapi ini adalah mahasiswa. Bukan petani di pedalaman. Bukan pekerja kilang bawahan.
*jangan lari fokus