cerpen | nur amalina
Petang itu petang Jumaat. Aku buka blog lagi pada petang itu. Aku lihat carta tertinggi di indeks carian google Malaysia pada hari itu masih dimonopoli dengan kata kunci perkataan amalina, amalina che bakri, nur amalina dan amalina bakri.
"Masih seperti semalam," bisik hati Aku.
Sudah dua hari Aku melihat carta carian itu menyenaraikan nama pelajar cemerlang yang pernah menjadi sebutan segenap penduduk di tanah air suatu ketika dulu. Ketika itu para guru semuanya mahu murid mereka menjadikan gadis ini sebagai contoh. Bagi mereka Nur Amalina contoh terbaik. Nur Amalina pelajar cemerlang. Tapi, betulkah dia ini pelajar cemerlang? Aku sangsi.
Aku tahu masyarakat sekarang meletakkan penanda aras kecemerlangan pelajar dengan melihat kepada bilangan A yang berbaris di lampiran sijil peperiksaan.
Aku akui untuk mendapatkan deretan A terpampang di helaian sijil itu bukan suatu perkara yang mudah. Aku sendiri hanya sekadar berbangga dengan sijil peperiksaannya yang mencatatkan 5 A dan 6 B. Itupun Aku berbangga kerana Aku tahu Aku sudah melakukannya dengan sehabis baik.
Aku tidak menafikan kepentingan sekeping sijil bernama SPM itu. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, bukan sekadar SPM, bahkan memiliki segulung ijazah pun belum tentu dapat menjamin masa depan pekerjaan yang cerah. Malah masyarakat di tanah air lebih memandang kepada sijil melebihi nilai ilmu yang dimiliki.
Aku tahu itu. Dan aku cuba untuk menerimanya walaupun terpaksa. Aku bukan sangsikan Nur Amalina itu pelajar yang bijak. Tetapi yang Aku sangsikan adalah apabila penilaian yang diberikan hanya bersandarkan bilangan A dan pangkat dalam markah peperiksaan. Sebaliknya tidak langsung memandang nilai-nilai dan kewajipan lain yang wajib seiring dengan peningkatan ilmu. Serendah itukah nilai kecemerlangan bagi seorang yang belajar?
Aku mengerutkan dahinya yang tidak terlalu luas. Hujung rambutnya hampir menyentuh kening. Lalu Aku mengangkat tangan kirinya ke dahi dan menolak rambutnya ke belakang. Bahagian atas rambutnya jadi terbelah dua. Aku memang kacak.
Aku diam. Sebenarnya Aku buka blognya sebab Aku mahu menulis artikel baharu. Tetapi di sana sini Aku lihat banyak blog yang menceritakan perihal perubahan si gadis Amalina Che Bakri yang dikatakan menjadi mangsa sosial dan kejutan budaya itu.
Bagi Aku itu bukan soalnya. Sejak lama lagi Aku sudah menanam persepsi bahawa sistem pendidikan yang ada sekarang sememangnya sistem yang tidak sempurna.
Sistem pengajian yang wujud pada zaman sekarang hanya mendoktrin para pelajar supaya mengejar banyak A. Dapat sijil, diploma, dan degree supaya mudah dapat kerja besar. Tidak kisah lagi pelajar itu patuh ajaran agama atau tidak. Tak perlu langsung pelajar tersebut cakna isu semasa atau tidak.
Aku menghembuskan nafas. Aku tahu tujuan belajar adalah untuk mendapatkan ilmu. Tetapi mestikah ilmu itu dengan menjadi doktor dan profesor sedangkan dalam masa yang sama tanggungjawab-tanggungjawab kemanusiaan yang lain tergadai? Ilmu itu bukan mati dalam buku-buku teks teori dan jurnal. Ilmu itu wajib bergerak dan menggerakkan!
Aku ingat kata-kata pujangga besar Indonesia yang bernama Rendra. Ilmu itu, kata Rendra, sama ada menjadi alat pembebas atau alat penindas!
Aku mencebekkan matanya. Aku mula menggerakkan jari-jari tangannya ke papan kekunci. Aku juga mahu menulis di blognya tentang Nur Amalina. Tentang sistem pendidikan yang memerangkap. Tentang penjara yang bernama sekolah dan universiti itu.
Sekurang-kurangnya Aku tahu inilah usaha yang boleh Aku lakukan. Aku mungkin tidak sehebat rakan-rakannya dari kumpulan-kumpulan mahasiswa yang semakin rancak berjuang untuk menyelamatkan sistem pendidikan yang punah ini. Aku hanya menyokong mereka dari jauh. Dari bahagian yang Aku mampu.
Aku mula menaip di komputer ribanya.
.
KETEMPANGAN SISTEM PENDIDIKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Assalamualaikum.
Saya mahu merumuskan kepada anda dua bentuk ketempangan pendidikan di negara kita yang secara khususnya dua inilah yang menjadikan anak Malaysia ini mandul dan terputus dari menghidupkan budaya ilmu di tanah air kita.
Anda bayangkan dalam masa negara kita sekarang melahirkan beribu graduan dari segenap bidang dan jurusan, namun itu semua tidak mampu untuk menafikan peratusan jenayah serta maksiat yang sentiasa meningkat setiap kali statistik terkini dibuat.
Ini semua berlaku kerana sistem pengajian yang diamalkan dalam masyarakat kita kosong dan tidak pernah cuba menampilkan roh ilmu yang sebenar. Setiap pelajar dididik untuk melepasi silibus-silibus tertentu tetapi makna ilmu yang sebenar gagal difahami para pelajar.
Pemikiran sempit dan pengotakan ilmu ini telah membataskan pengajian Islam menjadi silibus yang hanya cukup makan. Sekadar lulus fardhu ain dan KAFA(Kelas Agama dan Fardhu 'Ain) sudah dikira selesai. Akhirnya ilmu Islam terus ketinggalan dari masa ke semasa.
Kedua, pelajar kini dibelenggu oleh penyakit memburu sijil dan pangkat. Seluruh usaha ditumpukan pada mengumpul sebanyak-banyaknya A bagi peringkat sekolah, dan gelaran doktor dan profesor bagi peringkat yang lebih tinggi.
Hasilnya sekali lagi bidang pendidikan dilacurkan sama-mata untuk meraih kepentingan ekonomi dan sosial yang sempit. Senarai panjang nama pelajar cemerlang yang dilahirkan di negara kita pada saban tahun hanya tinggal nama, dan gelaran-gelaran doktor hanya dikejar untuk merebut kedudukan dan pengaruh.
Terlalu sedikit daripada mereka yang dikatakan berjaya ini yang mampu untuk memberikan pulangan yang optima kepada pembangunan masyarakat.
Aku berhenti sejenak. Aku cuba mengatur pernafasannya semula. Sudah lama Aku tidak serius menulis begini. Hari ini Aku mahu memuntahkan idea-idea dan pendapat yang bersarang di kepalanya.
Biarpun hanya sedikit dan tidak bermakna, Aku tetap meletakkan harapan yang tinggi terhadap perkara yang dituliskannya itu. Aku berharap para pembacanya nanti akan memberikan respon yang sebaiknya terhadap buah fikirannya itu.
Sekurang-kurangnya memberikan teguran jika terdapat pandangannya yang salah. Aku tahu, Aku bukanlah seorang manusia yang banyak ilmu. Tetapi Aku mempunyai pandangan berdasarkan beberapa bahan yang Aku dapati dari mana-mana sahaja sumber yang didapatinya.
Aku menaip semula.
Saya menyebutkan dua ketempangan yang khusus ini untuk berkongsi pendapat dan pandangan saya bersama anda semua. Maka tidak cukup dengan sekadar menyebabkan bentuk ketempangan yang berlaku tanpa kita berusaha untuk mengubatinya.
Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab, di bahu setiap daripada kita terpundak amanah ilmu yang telah kita semua terima sebelum ini. Saya yakin anda yang membaca blog saya ini, mesti sekurang-kurangnya sudah mendapat pendidikan di peringkat menengah.
Kalau ada yang masih sekolah rendah anda boleh bagitahu secara khusus di ruang komen di bawah, saya akan beri hadiah khusus untuk anda.
Aku berseloroh di sebahagian tulisan blognya. Aku cuba menghidupkan suasana yang lebih mesra untuk menghangatkan interaksi di antara Aku dan pembaca blognya. Aku hanya mencuba apa sahaja yang Aku fikirkan sesuai.
Peranan andalah untuk memulihkan ketempangan yang berlaku. Kita mulakan dengan gerakan inside out sehingga akhirnya kuasa perubahan itu benar-benar meresap di dalam masyarakat kita.
Bersihkan diri daripada sikap negatif. Kita adalah generasi Y, generasi yang produktif. Generasi yang tidak senang makan suap tetapi sentiasa mencari dan membuka ruang baru untuk percambahan ilmu.
Kutip ilmu sebanyak-banyaknya yang mampu anda kutip. Dan amalkan sebanyak-banyaknya ilmu yang anda perolehi. Jadikan budaya ilmu hidup dalam diri dan masyarakat anda.
Mulakan dengan yang paling mudah iaitu memperbanyakkan pembacaan dan menghadiri mana-mana tempat perkongsian ilmu.
Seterusnya, dengan meningkat untuk mengisi ruang yang masih berbaki, untuk kita kerahkan seluruh peluang yang masih ada untuk mengoptimakan aliran ilmu yang berteraskan kefahaman yang sebenar. Kefahaman tanpa menyembunyikan kebenaran. Kebenaran yang sebenar-benarnya. Yang korup kita katakan korup, yang lucah kita katakan lucah. Supaya akhirnya kita dapat sama-sama dalam usaha meninggikan kebenaran itu sendiri.
Aku menamatkan penulisan artikelnya. Terasa sedikit lapang jiwanya sekarang. Akhirnya kerana Nur Amalina Che Bakri, Aku sendiri mendapat suntikan motivasi ini.