pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

siaran langsung perhimpunan bebas anwar 901 live streaming

Assalamualaikum.


Tonton siaran langsung perhimpunan bebas anwar 901( 9 januari 2012) live streaming di sini (link di akhir artikel).


Mesti ramai yang tidak berpeluang menghadiri bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia yang menuntut supaya bersihkan sistem kehakiman negara melalui perhimpunan bebas anwar 901 pada pagi ni kan.


Jadi kalau yang tak berpeluang tapi masih nak tahu perkembangan terkini, anda boleh mengikutinya secara langsung dengan live streaming di sini.



UPDATE: lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901 dan perbicaraan juga dapat diikuti dari semasa ke semasa di sini, lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901- update



Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".


Jadi sapa-sapa yang nak tonton siaran langsung perhimpunan bebas anwar 901 live streaming sila klik link di sini

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk