video youtube ucapan anwar dibebaskan kes liwat ii 9 januari 2012
Assalamualaikum.
Berikut merupakan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau dibebaskan dan diumumkan tidak bersalah dalam kes liwat saiful bukhari seperti yang diputuskan oleh hakim mahkamah tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan kesyukuran kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.
DSAI juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong beliau dalam menangani isu fitnah liwat ii yang dihadapinya ini.
Katanya lagi di dalam video yang saya ambil dari youtube ini, Pakatan Rakyat akan terus mara dan fokus untuk menjalankan agenda perubahan dan menghadapi pilihanraya umum ke 13.