keputusan terkini perbicaraan kes liwat anwar ibrahim - apa akan jadi kepada politik Malaysia?
Assalamualaikum.
Episod penting dalam siri perjalanan politik tanah air, keputusan mHKmH perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 akan dapat diketahui pada hari ini, 9 Januari 2012.
Sehingga artikel ini ditulis, keputusan terkini masih sama-sama dinantikan. Malah sehingga tengah malam tadi pengguna-pengguna facebook masih terus berkomen memberi pandangan keputusan yang akan dikeluarkan hari ini.
UPDATE: lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901 dan perbicaraan dapat diikuti dari semasa ke semasa di sini, lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901- update
Masih lagi menjadi tanda tanya dan teka-teki dikalangan permerhati politik & orang ramai, apakah pengakhiran disebalik keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang akan dibacakan oleh hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini. Bersalah atau tidak bersalah?
Beliau juga sempat menyatakan bahawa apa juga keputusan mahkamah yang akan diputuskan nanti, semua itu tidak akan mengubah pendiriannya terhadap perjuangan yang didokongnya selama ini. DSAI berkata, "Mereka mungkin berhasrat memenjara dan merantai saya tetapi mereka takkan sesekali dapat memasung jiwa dan semangat saya."
"Di sini saya mengulangi ikrar bahawa saya tidak akan berhenti selagi kita belum berjaya melaksanakan Perubahan dan menghapuskan segala kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN dan membangunkan sebuah bangsa yang adil lagi saksama. Berbekalkan semangat perjuangan yang murni serta bertawakal kepada Allah, Inshaallah, perjuangan kita akan mencapai kejayaan."
Semalam dengar rakaman ceramah amanat Anwar Ibrahim di hadapan ribuan penyokongnya, katanya Perdana Menteri Turki sekarang, Tayyib Erdogan juga menjadi tahanan penjara semasa Parti AKP yang didokongnya memenangi pilihanraya di Turki. Maknanya tak jadi hal jika beliau dalam penjara ataupun tidak, apabila PRU 13 ini menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, maka tidak mustahil DSAI akan dibebaskan semula dan dilantik untuk mengetuai kerajaan.
Apapun, kita berdoa semoga kedudukan agama dan sosial di Malaysia sentiasa lebih baik walau apapun keputusan terkini yang diputuskan oleh Mahkamah tinggi hasil daripada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
Apa pula pandangan anda tentang agama, politik dan sosial rakyat Malaysia selepas ini?