pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901- update

Assalamualaikum.

Mari kita ikuti lintas langsung perhimpunan bebas anwar 901 ( 9 Januari 2012) yang pasti mendebarkan ini (AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA). hehe.

Seawal jam 5 pagi para penyokong sudah mula berhimpun di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta walaupun hujan renyai-renyai. Semangat betul belum subuh lagi tu!


7.00 A.M: Antara penyokong yang hadir termasuklah dari DAPSY, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS. Orang ramai mula masuk ke tempat berhimpun diiringi anggota polis. Pada masa yang sama  belum terdapat pihak PERKASA dan sekutunya yang sepatutnya berhimpun di Masjid Wilayah persekutuan.

7.30 A.M: Semakin ramai penyokong yang hadir. Dianggarkan jumlahnya sudah mencapai ribuan orang. Naib Presiden PKR berucap. Katanya hanya terdapat satu perbicaraan di mahkamah hari ini.

7.40 A.M: Semakin ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan. Pihak PERKASA belum tiba. Penyelaras perhimpunan meminta penyokong beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai.

8.12 A.M: Ketua BERSIH 2.0 Ambiga Srivasan hadir. Datuk A. Samad Said juga hadir. terdapat ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang berhimpun. Jumlah semuanya penyokong mencecah 5000 orang.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail memberikan ucapan, " Apapun yang berlaku hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan UMNO tumbang."


8.25 A.M: Duta perwakilan asing seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, dan lain-lain mula mengambil tempat.

8.30 A.M: Anwar dan keluarnya tiba dan disambut dengan laungan "reformasi".

9.00 A.M: Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Haji Muhammad Sabu juga turut hadir.

9.15 A.M: Menurut laman facebook, jumlah yang hadir pada perhimpunan bebas anwar 901 ini adalah 4500 orang. Pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga berada di mahkamah.

9.23 A.M: Hakim Muhammad Zabidin Mohd Diah dalam keputusan mengejutkan mengumumkan bahawa Anwar tidak bersalah! Dalam keadaan ini Datuk Seri Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

Akan dikemaskini dari masa ke semasa. Refresh semula  untuk mendapatkan lintas langsung terkini perhimpunan bebas anwar 901 ( 9 Januari 2012) live in KL.


Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk