100 sebab kenapa Allah wajib disembah
Assalamualaikum.
Mari lupakan sekejap perihal peraduan promosi blog selama sebulan yang kurang mendapat sambutan daripada para pemblog walaupun peluang promosi percuma akan diberikan kepada 10 blog terawal yang menghantar penyertaan masih dibuka.
Alhamdulillah. Walau apa yang Allah susunkan kepada kita, selayaknya lafaz ini yang kita zahirkan pada hati kita.
Bila yang mengatur adalah Allah, kita menjadi yakin dan langsung percaya bahawa semua inilah yang terbaik.
Tanpa perlu pengkajian yang mendalam. Tanpa bergantung senarai tunjuk sebab yang panjang. Cukup dengan meyakini bahawa yang mengatur semuanya adalah Allah, kita menjadi tenang.
Sepatutnya beginilah.
Tidak perlu mencari 100 sebab mengapa Allah wajib disembah.
Bukanlah Allah itu sendiri sudah terlebih zahir dari segala sebab-sebab yang pernah wujud dan tidak pernah wujud?
Bahkan Allah lebih zahir daripada diri kita sendiri.