tips menjadi blogger berjaya
Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali di blog ini. Semoga pertemuan kali ini bakal memperbaharui keyakinan dan menambahkan kebaikan di dalam kehidupan kita.
Hidup ini jika kita tidak mengisinya dengan kebaikan, nescaya yang menderu datang kemudiannya adalah keburukan dan kegelapan. Keburukan dan kegelapan yang kita risaukan ini bukanlah buruk dan gelap yang jasmani, tetapi yang perlu dihiraukan adalah keburukan berbentuk maksiat dan kegelapan jahiliah.
by ~Siilin
Kerana maksiat dan kejahilan ini akan memperosokkan manusia ke lembah yang hina, sehina-hinanya. Demikian adalah cebisan ingat daripada kalam Ilahi yang menyuruh kita sentiasa menyucikan diri.
Sungguh berbahagialah manusia-manusia yang menyediakan ruang daripada kehidupannya untuk menghitung dan memeriksa amalan hidupnya.
Adik-adik kita di sekolah-sekolah Arab (sekadar menyebutkan contoh)sering membacakan surah Al-Mulk pada saban malam yang di situ terdapat peringatan bahawa manusia ini hidupnya di dunia adalah sekadar ujian, supaya di akhirat nanti Tuhan membalas setiap manusia dengan hasil keputusan ujian mereka.
Bukan blogger sahaja, tetapi semua manusia.
Ketika itu di mana agaknya kita ditempatkan?