pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

berubahlah, muslimah optimis

Assalamualaikum.


Saat artikel ini ditulis, saya sendiri masih mencari-cari lorong yang cahayanya membawa diri lurus menuju redha Ilahi.


Begini ceritanya.


***

Seorang gadis terjumpa kucing tidak bertuan semasa dia dalam perjalan pulang dari sekolahnya. Melihatkan kucing tersebut sangat lemah dan tidak bermaya, terdetik di hati si gadis untuk membawa pulang kucing tersebut.


Er, sebelum tu saya jemput kawan-kawan semua sertai peraduan promosi blog selama sebulan anjuran saya sendiri.


Sambung balik...

Apabila sampai ke rumah, ayah si gadis tidak menggemari kucing tadi kerana bagi si ayah memelihara kucing akan menyusahkan keluarga mereka. Maklumlah, jika tidak dipelihara dengan baik boleh jadi haiwan tersebut akan buang air di merata tempat. Itu belum lagi difikirkan halnya jika beranak pinak termasuk makan dan tempat tinggal kucing bertuah ini.




Wal hasil, kucing yang sepatutnya comel tadi tidak pernah dilayan dengan baik oleh si ayah. Sebaliknya si gadis tadilah yang setiap masa mengambil berat tentang kebajikan kucing.


Suatu hari si gadis berbual bersama ayahnya.


"Ayah, ada orang mahu membeli kucing kita dengan harga yang mahal."


Si ayah yang terkejut bertanya, " Istimewa apa kucing kita sehingga ada yang mahu membelinya?"


"Katanya kucing kita jenis Syria yang sangat sukar ditemui", jawab si gadis, selamba. "Tetapi saya keberatan menjualnya. Ayah rasa bagaimana?" tambahnya lagi.


"Kalau macam itu jangan jual. Bukan mudah kita nak dapat kucing begini." jawab si ayah sambil memandang kucingnya.


Sejak itu sikap si ayah berubah. Dia mula mengambil berat perihal kucing tersebut kerana dia tahu kucing yang dimiliki itu bukanlah calang-calang kucing, tetapi kucing Syria yang sangat berharga.

***


Cerita ini saya pernah terbaca di sebuah artikel. Jadi saya menulisnya semula dengan pengubahsuaian persembahan saya sendiri kerana terdapat sebuah hikmah yang bermakna daripada cerita ini.


Hikmahnya adalah pada sifat si ayah yang berubah setelah dia mengetahui kucing itu sangat bernilai.


Anda perasan tidak, pada awalnya kucing itu langsung tidak dipedulikan, tetapi apabila dia mengetahui kucing itu kucing yang bernilai, sikap dan penerimaannya terhadap kucing mula berubah.


Begitulah juga dengan diri kita. Apabila kita memandang diri kita tidak hebat dan lemah, maka perubahan ke arah kebaikan sangatlah sukar.


Anda perhatikan, jika cara pandang terhadap persekitaran sudah boleh mempengaruhi sikap kita, maka terlebih utamalah cara pandang kita terhadap diri sendiri lebih-lebih lagi bakal mempengaruhi sikap kita terhadap diri kita sendiri.


Bagaimana kita mahu berubah ke arah kebaikan jika kita sendiri tidak yakin bahawa diri kita adalah sangat berharga?


Ubahlah cara pandang kita ke atas diri kita sendiri, nescaya kita akan mampu berubah untuk menjadi manusia yang sangat berbeza. Sebagai manusia, nilai hidup kita sangat bermakna. Kemudian fahami pula bahawa berubah bukan pilihan, tetapi kemestian.


Akhirnya, jangan tunggu Imam Masjid Haram datang bersalam dengan kamu baru mahu berubah. Ada seorang kawan ulama besar dari Mesir tolong lap tisu ke wajahnya pun tetap tak insaf.




Tajuk artikel adalah disebabkan gambar beserta linknya (klik gambar) di bawah ini.


p/s: saya menyertai peraduan ni bukan sebab nak menang hadiah (rasanya payah saya nak menang. Kalau menang pun payah jugak MO nak sampaikan hadiahnya kepada saya), tapi nak promosi peraduan di blog saya sendiri. harap blog MO boleh bantu sebarkan peraduan promosi blog selama sebulan yang blog saya anjurkan.
p/s: banyaknya saya letak backlink, alang-alang jadi spam baik anda klik.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk