pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

nabi yang dirindui

Assalamualaikum.


Buat masa sekarang andalah teman saya. Sebahagian kecil kisah hidup saya dikongsikan di sini. Untuk saya buktikan bahawa kehidupan ini memang begini.


Ada ketika air laut pasang dan bergelora. Ada masa pelangi berbaris sebelum mentari kembali tersenyum ceria.


Hehe, lama tak buat ayat seperti ini. Rindulah..



Rindu kepada dia yang selalu membuatkan ayat-ayat taman ini berbunga. Eh, anda peduli apa?


Tetapi sebelum itu ada sesuatu yang perlu saya dahulukan. Sebaiknya saya membataskan rindu ini kerana masih banyak pihak yang lebih berhak untuk rindunya dibalas.


Masakan tidak, sayalah (atau lebih tepat kita) yang beliau ingatkan tatkala nafas-nafas terakhirnya yang mulia itu dilepaskan. Bahkan sehingga kini beliau masih memandang kita.


Ya, dengan penuh kasih beliau mendoakan kita. Dan dengan penuh pengharapan beliau bermohon ampun untuk kita. Inilah yang membuat banyak mata bergenang mengenangkan peribadinya yang luhur disalut keikhlasannya yang paling tinggi.


Saya hanya mahu rindukan dia. Cukuplah jika saya dapat membalas rindunya. Tidak perlu lagi kepada rindu-rindu lain yang kebanyakannya adalah dusta dan pura-pura.


Tetapi sayang, rindukan beliau terlalu mahal harganya. Rindukan beliau perlukan pengorbanan. Rindukan beliau menuntut kita mengasing dan menyahkan rindu-rindu yang lain.


Saya terbayang begitu indahnya saat beliau bersama sahabat-sahabatnya yang tercinta. Beliau begitu lembut dengan mereka. Mereka pula sangat hormat dan patuh kepadanya.


Ah, indahnya ketika itu. Itulah saat di mana darah adalah bayaran untuk cinta yang paling mahal. Itulah saat di mana nikmat kerehatan adalah dengan berdiri tegak, sujud dan rukuk di hadapan Yang Esa. Itulah saat di mana tilawah adalah nyanyian paling indah yang membuai seluruh jiwa dan raga.


Sangat teruja untuk melihat putaran kebahagiaan itu kembali ditayangkan.


Ah, saya terlalu kotor untuk dapat mendampingi baginda.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk