blogger lelaki dan wanita
Assalamualaikum.
Diharapkan para pembaca semua di dalam keadaan sihat dan bahagia di atas ketentuan yang Allah tentukan kepada kita.
Tanpa bercakap panjang, saya ingin mengumumkan kepada anda khalayak pembaca sekalian tentang dua orang penulis blog yang amat hangat ini. Er, sebelum itu diperingatkan bahawa penggunakan perkataan hangat adalah kerana keadaan saya pada waktu ini yang memang kehangatan dengan bahang musim panas yang sedang menjelang tiba.
Dua orang blogger ini adalah saudara IqbalSyarie dengan blognya, Bayyinat dan Puan Insyirah Soleha dengan blog beliau, Haruman Mawar.
Jika perlu diceritakan kebaikan dan latar belakang dua orang pemblog ini mungkin akan mengambil ruang yang banyak di sini, maka jalan tengah yang diambil cukuplah dengan saya gambarkan tentang blog mereka secara ringkas.
Er, macam mana ya saya nak cerita?
Ok, begini.
Blog Bayyinat adalah sebuah blog yang menarik, menyediakan perkongsian agama yang disampaikan secara ringkas dan santai terutamanya untuk para remaja di luar sana yang sentiasa tercari-cari ruang untuk memperbaiki diri.
Blog ini adakalanya datang dalam bentuk motivasi, boleh jadi juga bersifat muhasabah, malah pada waktu tertentu hadir sebagai karya seni yang indah.
Anda boleh cuba sendiri jika tidak percaya.
Blog Haruman Mawar pula adalah sebuah blog yang agak telah lama wujud dan saya ikuti sejak sebelum saya sendiri menulis blog. Tetapi sejak penulisnya berkahwin dan beliau sendiri kadang-kala menyepi seketika di ruang blognya, saya sendiri telah lama tidak berkunjung ke sana.
Blog ini pada saya masih memiliki konsep yang sama dengan blog Bayyinat melainkan sebagai perisa tambahan milik seorang muslimah, penulis membawakan nilai emosi yang mampu mengajak para pembaca untuk turut sama dibuai perasaan.
Hehe, entah betul atau tidak apa yang saya cakapkan ini. Untuk maklmuman anda, kedua-dua penulis ini adalah seusia dengan saya, iaitu berumur 21 tahun untuk tahun ini.
Kemudian, antara sebab utama saya menyebut tentang dua orang blogger ini adalah kerana sumbangan mereka di dalam dunia penulisan yang patut dicontohi oleh penulis-penulis di luar sana. Er, maksud saya atas pertimbangan yang sewajarnyalah. Jangan timbulkan kontroversi, ok?
Ok. Sumbangan mereka ini adalah melalui novel-novel dakwah yang mereka berdua hasilkan. IqbalSyarie menulis novel Antara Dua Bidadari dan beliau mengambil keputusan untuk menghadiahkan novel beliau ini secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan. Sila rujuk ke sini. (klik)
Puan Insyirah pula di atas kesudian beliau untuk menginfakkan bayaran royalti penulisan novel beliau bertajuk Bicara Pedusi kepada persatuan Pmram, persatuan pelajar Melayu Islam tertua dan paling berpengaruh di Mesir.
Alhamdulillah. Semoga jasa mereka berdua ini dibalas dengan kebaikan yang berterusan hingga ke akhirat.
Er, kesempatan ini juga saya ambil untuk mengajak anda ke sebuah blog yang lebih matang dan membuka minda masyarakat Islam semasa. Blog yang saya maksudkan ini adalah blog senior saya yang amat saya segani di bumi Mesir ini, Ustaz Nazrul dengan blog beliau Dari Anjung Al-Atrak. Kepada Ustaz Nazrul, semoga ana dapat rajin mengaji macam Ustaz jugak. :)
Sekian saja. Jemputlah berkunjung ke sana dan anda akan merasakan pencerahan yang baik, dengan izin Allah.