pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

adab ajaran Islam

Assalamualaikum.



Apabila manusia meletakkan akalnya di kepala lutut, dia berfikir sesiapa sahaja yang tidak benar pada pandangannya layak dicaci dan dihina. Padahal ketidakbenaran itu boleh jadi bersama dirinya.


Kemungkinan juga manusia begini merasakan sedikit kelebihan berbanding manusia lain sehingga baginya itu adalah kemuliaan untuk dia menawarkan kekerasan untuk diberikan.


Saya tidak tahu. Undang-undang mahupun prinsip hidup mana yang diamalkan, saya berdoa agar diri saya tidak dihinggapi sikap jelek begitu.


Sebenarnya kita boleh marah. Kita juga boleh tengking. Tetapi itu untuk apa?


Adakah untuk menyatakan kebenaran? Atau untuk menunjukkan kita paling tahu dan sebagai simbolik kata-kata, "kamu tu budak, jangan pandai-pandai".


Ilmu Islam mengajar kita supaya mendahulukan adab di dalam setiap perkara. Maka saya cuba menghormati selagi anda menghormati adab Islam.


Semoga saya tidak mencintai manusia melainkan cinta itu kerana Allah dan tidak membenci melainkan benci itu kerana agama-Nya.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk