punca hilang semangat
Assalamualaikum.
Cuaca di sini semakin selesa dengan musim panas. Maksud saya musim panas memang semakin terasa. Namun alangkah baiknya, kerana di kemuncak musim inilah Ramadhan akan bertandang.
Saya letih sebenarnya. Pagi ke kuliah (padahal yang 5 hari seminggu pun belum tentu penuh), balik rumah sudah Asar. Maghrib pula bersiap untuk kelas yang lain di rumah-rumah lain yang memerlukan kenderaan juga untuk sampai.
by ~zemex
Kembali ke rumah jam sudah hampir 12 tengah malam.
Tolak masa tunggu bas. Masa melengung terlupa tujuan hidup. Masa lalai dengan dunia maya yang kadangkala macam gempak sangat.
Natijahnya badan jadi letih, rohani pun turut lesu.
Inilah yang terjadi jika kita lupa atau leka dengan makna dan tujuan sebenar dari setiap perbuatan kita. Tentang ini saya pernah sebutkan dulu. Di dalam artikel yang bertajuk menjadikannya bermakna.
Artikel pendek pun jika anda fikir panjang akan jadi banyak manfaat. :)