syarat untuk mati
Assalamualaikum.
Sudahkah anda membaca artikel lewat semalam bertajuk 'jangan jatuh cinta lagi'?
Hakikatnya artikel tersebut bukan sama sekali sebuah penulisan jiwang dan berhati taman. Bahkan tajuk asal artikel itu adalah 'apabila akal manusia diletakkan di kepala lutut'.
Anda dijemput untuk ulang baca artikel tersebut sebagai pengukuhan kata saya ini.
Ok, artikel hari ini pula berkenaan syarat untuk mati.
Anda tahukah syarat untuk mati?
by ~Laffen2004
Saya pun sebenarnya tak tahu jugak. Tetapi apabila saya fikir-fikirkan, semua orang yang pernah mati akan ada satu titik persamaan yang mereka miliki sebelumnya.
Persamaan yang saya maksudkan ini ialah pernah hidup. Setakat yang saya tahu, hanya manusia yang pernah hidup sahaja yang akan mati. Bahkan secara teori dan amalinya pula setiap yang hidup akan mati, kecuali Allah.
Hanya dengan pernah hidup, semua makhluk mempunyai kelayakan untuk mati. Kerana itulah jika kita melihat dengan pandangan yang bersungguh, mati menemui sesiapa sahaja yang pernah hidup.
Tanpa bersyarat manusia itu sudah tua, mati berpeluang datang kepada kanak-kanak, remaja, dan warga emas.
Juga tanpa syarat manusia itu berpenyakit, mati menemui walau manusia itu kita melihatnya bersukan tadi pagi.
Mati bukan syaratnya tua. Bukan juga syaratnya sakit. Jika kita melihat manusia, lebih ramai yang muda daripada yang tua. Juga apabila dilihat manusia, lebih ramai sihat daripada yang berpenyakit kronik.
Maknanya ramai manusia yang mati tanpa sempat tua dan tidak menunggu ditimpa penyakit.
Anda pula nak tunggu apa?