manusia bukan semata-mata dicipta daripada tanah
Assalamualaikum.
Memang benar manusia dicipta daripada tanah. Tetapi itu hanyalah ketika dalam pelangkapan unsur jasadiah manusia sahaja.
Adapun ruh manusia, ia adalah bersumber daripada roh yang ditiupkan oleh Allah. Firman Allah, "Dan telah Aku tiupkan kepadanya roh-Ku"(Al-Hijr:29).
Maknanya, manusia memiliki suatu nilai tambah bahkan asas (iaitu rohnya sendiri) yang bukan sahaja berharga, tetapi sangat suci dan tinggi.
Maka masihkah kita mahu bermain-main?
Berilah roh anda haknya