cair kerana ayat pengasih?
Assalamualaikum.
Selamat meraikan hari Jumaat, Saiyyidul Ayyam (penghulu segala hari). Hari yang ulama menyebutkan lebih mulia daripada dua hari raya (aidiladha dan aidilfitri).
Apabila tiba hari Jumaat kita dianjur supaya perbanyakkan amalan kehambaan kerana hari ini adalah hari yang terbaik. Nabi kita juga memuliakan hari ini.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Tapi takkanlah kita nak selawat sekali saja? Selawatlah banyak-banyak. Berselawat dapat melembutkan hati yang keras. Berselawat dapat mencairkan otak yang beku.
Selamat beramal.
Er, saya mulakan dulu, Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wassallam.
anonymax · 720 weeks ago
azurahanuar · 720 weeks ago
apapun saya ada satu persoalan, hari jumaat elok dibaca surah al-khafi. boleh tahu kenapa ya?
My recent post Bercuti dalam kereta