pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kesilapan orang ramai dalam bercinta

Assalamualaikum.


Nak bercakap pasal cinta, saya memang bukan ahlinya. Tapi kalau nak bohong sikit-sikit bolehla. Teruskan baca jika anda rasakan saya punya pembohongan ni boleh pakai.


Tapi dah terlanjur sampai sini, takkanlah anda nak tinggalkan saya macam tu saja kan? Alang-alang belajar biar faham. Alang-alang faham biar amal.


Er, baca saja lah. Jangan dilayan sangat kepelikan yang kadang-kadang berlaku.



Kata orang cinta memang best. ‘U jump I jump’ bak kata romeo kepada julietnya.


Tapi kan, cinta romeo dan Juliet tu jadi apa? Mereka hanya berakhir di situ. Hanya tinggal nama dan sejarah. Nakkah kita jika cinta kita hanya berakhir dengan datangnya ajal kita di duna ni?


Saya sebolehnya memang tak mahulah. Saya nak cinta saya kekal sampai ke syurga. Kalau boleh saya nak cinta saya itulah yang mengiringi saya ke sana.


Tapi nak buat macam mana ya?



Kalau saya Cuma ada sedikit formula saja. Caranya, cubalah anda fikir betul-betul. Tanya kepada isi hati anda yang paling dalam, sebenarnya aku suka dia ni sebab apa?


Aku sayang dia sebab dia cantik? Atau sebab dia penyayang, baik hati, rajin, lemah lembut, bertanggungjawab, atau apa?


Ke sebab dia tu memang mencairkan hati aku. Tak payah bersebab. Ini pun kena hati-hati jugak. Kadang tu kita saja yang rasa tak bersebab, padahal ada pihak ketiga yang sudah susunkan sebabnya untuk kita. Tak ke bahaya tu?


Semua orang dah tahu. Kta sepatutnya cintakan manusia yang paling baik dan paling kukuh ketaatannya kepada Allah. Sebab bila dia taat kepada Allah ni mudah kerja kita. Sebab Allah memang suruh hambaNya berlaku baik terhadap sesama makhluk.


So bila dah dapat yang baik hubungannya dengan Allah, maka pasti dia akan baik hubungan dengan kita jugak. Sepatutnyalah.


Er, pasal rajin sembahyang tapi panas baran atau tudung labuh tapi mulut tak pandai nak jaga (maksudnya lazer sangat) kita cakap lain kali. Sebab Islam bukannya dinilai pada rupa paras dan amalan, tapi pada seluruh perlakuan zahir dan batin.


Dan bab kita sendiri tak berapa baik tapi asyik nak cari pasangan yang baik pun kena cakap lain kali jugak sebab panjang pulak perbahasaannya nanti.


Ok, kira jadi la sikit-sikit bohong ni kan. Banyak-banyak nanti anda jemu dengar. Saya tahu anda banyak kerja. hehe


Jadi sekian saja untuk kali ni. Apa-apa nak dikongsi sila turunkan di dalam kotak komen di bawah. Kalau nak share artikel dengan kawan-kawan kat FB Cuma klik ikon bintang bersegi lima warna biru kat bawah ni.


Ok, wassalam.

p/s: saya? jangan lah tanya.



Twitter
Facebook

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
cintailah seseorang kerana agamanya..nice entry.. ^^
My recent post di reject oleh Cik Big Apple
Bercintalah untuk bahagia,bukan derita =)
My recent post Izinkan aku lafazkan
Jadi kesilapan yang dimaksudkan adalah kerana menyukai seseorang atas faktor luaran?
Bagaimana jika ada yang meletakkan kriteria tertentu seperti mahukan seseorang yang business minded, motivated and friendly?

How to make this apart from doing mistakes?

Thank you
My recent post GRADUAN : 16 & 17 Julai 2011
4 replies · active 711 weeks ago
tentukanlah kesilapan-kesilapan yang berlaku berdasarkan ilmu dan kefahaman anda sendiri.

Islam tak pernah melarang kita untuk membuat apa-apa pilihan, tetapi Islam mengajar dan memberikan kita pilihan dan panduan untuk memilh.

btw yang english tu saya tak faham sangat nak tanya apa.. :)
Setuju bahawa Islam memberi kita pilihan untuk memilih. Jadi tiada salahnya untuk memilih di sini. Kesilapan pula ditentukan melalui ilmu dan kefahaman sendiri. Baik.

Maaf. Saya cuba bermaksud dengan kriteria yang saya nyatakan itu bagaimana untuk menjadikan ia bukan suatu kesilapan ketika proses memilih pasangan?

Di sini, masih bolehkah berpegang kepada kriteria2 tersebut?

Maaflah, tiba-tiba saya pun rasa macam tak faham pula.
My recent post Ambulans dan Kematian
pandagan saya asasnya ialah baik keIslamannya. kriteria2 yang lain bergantung kepada kepada sejauh mana kita sendiri kehendaki, selagi tak ada larangan yang menegah.
bukan nama sebenar's avatar

bukan nama sebenar · 711 weeks ago

saya suka penerangan ni...hehe..
Faham. Terima kasih.
My recent post Imam Muda Hassan : Populariti Satu Rahmat
ya benar...
mencintai kerana Allah.. itulah yang terbaik buat kita semua.
My recent post KL Cleaning Services Sdn. Bhd
orang mkkk gak's avatar

orang mkkk gak · 708 weeks ago

manyak cinta2.. kawennya cepat2 la
awat gambr pompuan kt ats tu mcm kenal ja..haha

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk