download novel percuma
Assalamualaikum.
Saya menyambung hasrat seorang sahabat yang meminta agar novel tulisan beliau dapat dipanjangkan ke blog dan mana-mana ruang yang dapat disebarkan.
Saya tidak sempat untuk menceritakan sinopsis novel ini memandangkan saya sendiri belum habis membacanya, tetapi di sini saya sediakan sedikit preview untuk hidangan anda.
by ~doeza30
“Belum. Abang belum tidur. Sekejap ya”. Johari bingkas bangun dan meletakkan al-Quran. Tangannya mengelap air mata yang masih berbaki. Johari membuka pintu. Dia nampak di luar biliknya, Johan sedang memandangnya dengan wajah yang masam mencuka.
“Aik, macam ayam berak kapur je muka kamu tu”, Johari cuba bergurau.
“Tak lawak”, Johan membalas spontan.
“Aik, macam ayam berak kapur je muka kamu tu”, Johari cuba bergurau.
“Tak lawak”, Johan membalas spontan.
Aisyah menyeka air mata. Ternyata, dia menjadi tumpuan beberapa mata di sekeliling. Pasti mereka aneh apabila melihat seorang gadis menangis di hadapan seorang lelaki yang berpenampilan seperti seorang ustaz.
Aisyah tidak ambil pusing. Di saat-saat begini, ego nya seperti telah lesap. Dia sudah bersedia untuk berubah. Tambahan pula, dia mempunya Johari sebagai pendorongnya. Dengan sendu yang masih bersisa, Aisyah menyambung.
“Saya mahu berubah. Saya mahu jadi seorang perempuan yang baik. Saya mahu bertaubat”

“Ana nak tahu ke apa yang berlaku siang tadi?”, tanya Nasuha. Mereka sedang berada di dalam bilik Nasuha. Teman sebilik Nasuha iaitu Yati sedang pulang bermalam di rumakakaknya di Petaling Jaya. Biasalah, hujung minggu yang lapang.
Suhana berkata lembut. “Terserah kepada Su lah. Ana sesekali tidak memaksa, dan tidak mendesak. Cuma Ana nak Su tahu, kita bukan berkawan sehari dua. Bukan juga setahun dua. Kita berkawan sudah lama. Kesusahan Su ialah kesusahan Ana juga. Kegembiraan Su ialah kegembiraan Ana juga”
Suhana tersenyum manis. Digenggamnya tangan sahabatnya yang dia cinta kerana Allah erat. Nasuha sebak. Memang Suhana ialah teman yang tidak boleh dia tukar ganti. Teringat dia akan kata-kata Imam Syafie; ‘Aku suka bercampur dengan orang-orang soleh. Mudahmudahan, aku juga dapat manfaat daripada mereka’.

Terlupa pula, sinopsis novel ada di blog penulis asal di (sini).
Klik (sini) untuk mendownload novel PDF ini. Dan yang terakhir, terdapat sedikit ralat pada cerita yang disampaikan pada bab 44. Rujuk (sini).
Ok, jangan lupa download.