sebagai manusia, aku cinta padamu
Assalamualaikum.
Saya bukan peminat novel karangan Ramlee Awang Mursyid, tapi saya pernah membaca beberapa novel tulisan beliau beberapa tahun lepas. Dan jika anda adalah peminat novel beliau, anda sepatutnya tahu di mana saya meminjam kata-kata ini.
Sebagai manusia, aku sayang padamu.
by ~Siilin
Boleh terima tak?
Sebagai manusia, saya sayang kepada anda. Ini kerana pada saya nilai kasih sayang dan ukhwah adalah di antara nilai-nilai asas yang menjadikan dunia ini sangat indah.
Saya menyebutkan nilai kasih sayang adalah nilai asas dalam kehidupan ini kerana dari nilai inilah lahirnya nilai-nilai yang lain seperti berbudi bahasa, jujur, hormat-menghormati dan sebagainya.
Er, ini ialah apa yang saya rasa. Anda berhak untuk khilaf.
Sungguhpun demikian, nilai kasih sayang ini masih memiliki kekurangan kerana kehidupan kita sebagai manusia di dunia ini akan tamat.
Ini bermakna kita memerlukan sebuah lagi nilai tambah yang lain untuk menjadikan nilai kasih sayang ini sebagai nilai yang tiada lagi tolok bandingnya.
Anda fikir apakah nilai tambah tersebut?