pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kenali alasan yang baik


Assalamualaikum.


Tahukah anda bahawa alasan terdapat dua jenis iaitu jenis alasan yang merosakkan dan jenis alasan yang membangun.


Alasan yang merosakkan adalah seperti yang selalu anda lakukan apabila anda berasa tidak mampu melakukan sesuatu dengan baik atau setelah anda gagal melakukan tugasan.


Saya terlambat kerana …..
Saya gagal kerana ……..
Saya tidak mampu kerana ……..


Alasan-alasan seperti di atas ini tidak akan membantu anda dalam proses meningkatkan diri. Sebaliknya anda akan terus berasa seperti berada di dalam zon selamat sedangkan hakikat yang berlaku adalah anda telah menanam jauh potensi diri anda sendiri.


Mari berkenalan dengan alasan yang baik.



Alasan yang baik adalah anda mencari sebab dan jalan bagaimana setiap agar setiap tugasan dapat dilaksanakan sehabis baik. Tanamkan dalam diri bahawa anda mampu melakukannya dengan cara yang terbaik setakat yang anda mampu.


Saya tidak boleh lambat lagi kerana ……………
Saya tidak akan gagal lagi kerana ………..
Saya akan cuba kerana ………….


Berilah sokongan dan dorongan kepada diri anda sendiri. Jangan meletakkan kepercayaan kepada diri sendiri bahawa anda tidak mampu.


Mulai hari ini, ubahlah cara anda beralasan. Saya tahu anda mampu melakukannya kerana anda telahpun dilahirkan menjadi manusia.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk