pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Cara ini dapat kembalikan Palestin

Assalamualaikum.


Beberapa orang sahabat melontarkan idea dan persoalan kepada saya berkenaan jihad di medan peperangan. Ada yang jelas mengajak kita mempersiapkan diri untuk ke sana, ada pula yang sekadar meminta pandangan.


Sebenarnya, semua ini, yang dapat saya sebutkan berkenaan umat Islam sekarang adalah, kita bagaikan seorang lelaki dewasa dengan tangan kaki terikat, dan di depan mata lelaki tersebut terdapat anak lelakinya yang sedang dipukul dan dibunuh, manakala anak perempuannya sedang dicabul kehormatan dan dirogol.


Sesungguhnya, pada saya, inilah analogi yang dapat saya simpulkan kepada situasi yang menimpa umat ini.




Umat yang terikat


Seorang lelaki dewasa yang padanya terdapat kudrah yang dipinjamkan Tuhan, namun kekuatannya itu tersekat atas beberapa sebab, sedangkan di depan matanya ahli keluarganya sedang terseksa.


Lelaki ini, pada saya dia harus membebaskan ikatan di tangan dan kakinya sebelum dia dapat menyelamatkan anak-anaknya daripada dibunuh dan dirogol.


Dan pada saya juga, ikatan yang mengikat ini adalah simbol kepada kemaksiatan yang membelenggu umat Islam sekarang.

Umat ini yang ahli-ahlinya apabila bangun dari tidur maka yang menjadi makanan sehariannya adalah pendedahan aurat yang berleluasa, yang menjadi minuman penghilang dahaganya adalah jenis-jenis hiburan melalaikan dan semua perbuatan membuang masa, dan yang menjadi udara untuk dihirupnya adalah dengan melakukan segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran yang ditegah syarak.


Bagi lelaki ini pada saya juga, ia hanyalah satu tindakan yang kurang bijak jika dia melompat-lompat dengan tangan dan kaki yang masih terikat menuju kepada pembunuh dan perogol anaknya kerana apa yang bakal terjadi kepada dirinya sendiri adalah dia juga akan turut dibelasah dan dipukul penjahat.
Adakah itu yang kita harapkan?


Bebaskanlah umat daripada rantai kemaksiatan ini

Kerana itu, pada saya, yang terlebih utama dari banyak keutamaan kita adalah menjadikan umat ini sebagai umat pilihan yang benar-benar terpilih.


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (surah ali Imran ayat 110)


Jadi, mengapakah saya mengatakan keutamaan kita adalah menjadi umat terbaik?


Ini adalah kerana satu-satunya syarat untuk kita mendapat petunjuk dan pertolongan daripada Allah adalah dengan jalan ini.
Dengan cara kita menjadi umat yang terpilih inilah baru kita dikira layak untuk mendapat segala janji kemenangan dan kekuatan. Firman Allah:


 “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad ayat 7)

Sayyid Qutb ketika mentafsirkan ayat ini beliau menyebut:


”Sesungguhnya mereka ini memurnikan Allah dalam hati mereka dengan cara tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu baik syirik yang nyata mahupun yang tersembunyi serta tidak pula menyisakan seseorang atau sesuatu pun bersama-Nya didalam dirinya.


Dia menjadikan Allah lebih dicintai dari apapun yang dia cintai dan sukai serta meneguhkan hukum-Nya dalam setiap keinginan, semua aktiviti, sama ada dalam diam, saat bersunyi-sunyian, terang-terangan mahupun saat malunya, maka Allah akan menolongnya dalam diri mereka.


Maka mereka inilah golongan yang Allah akan menolong mereka. Dan di sisi mereka jugalah nantinya Allah akan memberikan kemenangan yang nyata.


Maka, adakah kita masih ragu?


Mahu bermain-main lagi?


Masih asyik dengan gadis pujaan hati? Atau tetap leka dengan teruna idaman?

Remaja, di tangan kamulah pilihan

Baru-baru ini ketika saya melawat ke laman web ummuhani.com, saya menemui sebuah nasihat yang sangat bermakna kepada pemuda-pemuda sebaya saya.


Ummu Hani binti Abu Hassan mencoretkan di web beliau dengan katanya:

Malahan, ada sebuah lagi nasihat yang saya rasakan amat baik untuk kita hayati bersama. Nasihat ini saya terima sebagai komen daripada salah satu artikel saya sebelum ini. Nasihat ini bunyinya begini:


Ana ingin berkongsi sesuatu di sini dengan antum sekalian.


Pernah dulu ada seorang warga Palestin datang ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.


Dia berkata yang warga-warga Palestin sekarang tidak memerlukan bantuan nyawa. Tetapi, mereka hanya perlukan bantuan doa dan mengharapkan umat Islam serata dunia supaya bersatu padu.


Sehingga hari perpaduan umat Islam itu tiba barulah Palestin akan bebas.




“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (surah Ali Imran ayat 103)

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk