Cara meramaikan follower blog
Assalamualaikum.
Hendak meramaikan follower di blog bukannya payah. Anda hanya perlu jadikan susunan blog anda kemas dan perbincangan artikel anda menarik.
Selepas itu anda lanjutkan dengan agenda promosi.
Ada banyak cara untuk mempromosi blog. Yang berbayar seperti menempah ruang iklan di mana-mana laman, atau dengan cara tidak berbayar yang sangat banyak.
Antaranya termasuklah ping blog di pusat-pusat ping blog dan berblogwalking ke blog-blog yang aktif.
Cuma seperti yang saya sebutkan di awal tadi, blog anda mestilah dipastikan kemas, menarik dan bermanfaat.