Mengapa perlu menangis
Assalamualaikum.
Hakikatnya anda sekarang terlalu sukar untuk menangis, betul? Sekurang-kurangnya anda pasti lebih banyak ketawa daripada menangis.
Bagaimana anda mahu menangis sedangkan di dalam hati anda penuh dengan berkeinginan kepada dunia.
Kekayaan harta, kecantikan rupa, kemasyhuran nama dan kemewahan benda, semua ini telah menjauhkan anda dari merasa perlunya menangis.
Nabi kita Muhammad S.A.W banyak sekali menangis. Sahabat-sahabat baginda juga demikian. Pengikut-pengkut mereka yang sedikit terkemudian juga serupa.
Namun perbuatan menangis pada zaman ini sudah menerima sudut pandang yang berbeza.
Atau sekurang-kurangnya sudut penerimaannya yang berbeza.
Anda masih bertanya mengapa perlu menangis?
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.” (Maksudnya hampir mustahil kerana susu tidak akan kembali ke tempat asalnya)
p/s: anda itu termasuklah diri saya.