kita ada Allah
Assalamualaikum.
Apabila telah habis ikhtiar dan jalan usaha, yakinlah sentiasa ada Allah untuk anda menanamkan rasa percaya. Yakinlah, Allah itu wujud dan menguasai segala kewujudan.
Apabila Abu Bakar R.A yang mengiringi baginda Nabi berasa gentar dan risau melihat kaki-kaki musyrik yang hanya sedepa dari mereka, Sang Rasul nyata memahami rasa genting sahabatnya lantaran bersabda, janganlah kamu takut dan gentar, sesungguhnya Allah ada bersama kita.
Sesungguhnya Allah ada bersama kita, Dia Melihat dan Mendengar. Dia Memberi manfaat dan Menahan mudarat.
Biarlah zaman-zaman keji itu berlalu, namun untuk kita terus lemas dan hanyut dalam aliran kotor itu sama sekali tidak.
Kita ada Allah yang denganNya Dia menjanjikan segala kebaikan bagi orang-orang yang taat menurut perintahNya.
Kita ada Allah yang denganNya Dia berjanji untuk mengampunkan sesiapa sahaja yang menghadapNya dengan penuh khusyuk sambil membawa hatinya untuk diperlihatkan kepada Si Pencipta ini.
Berilah ruang kepada hati anda sendiri untuk kehendaknya didengari bahawa dia penat melayan nafsu anda yang tidak mengenal puas. Berilah peluang kepadanya supaya hati anda menjadi tenang.
Atau anda mahu lebih bukti untuk memastikan Allah itu wujud?