pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

status saya sudah berubah

Assalamualaikum.


Sukacita dimaklumkan bahawa status saya ketika ini adalah tidak sama dengan status saya beberapa minggu yang lepas.


Hal ini terpaksa saya akui selepas mendapat teguran daripada seorang sahabat, semalam.


Katanya, "anta kena keluar dari zon anta sekarang. Sudah masanya untuk anta berikan 100 peratus terhadap apa yang akan anta lalui selepas ini".




Er, bermula 12 Jun, saya dan kawan-kawan yang menduduki Kuliah Syariah Tahun 2, Al-Azhar, Kaherah akan menduduki peperiksaan semester kedua kami bagi tahun ini.


Justeru saya mengharapkan jasa baik sahabat-sahabat yang membaca untuk turut sama mendoakan kami. InsyaAllah.


Tentang update artikel anda jangan risau kerana saya telah schedulekan beberapa artikel sehingga tengah bulan Jun ini. Hakikatnya semua artikel saya sejak dua minggu lepas telah saya schedulekan. Ada satu hari pada akhir Mei yang pada hari itu saya ambil masa hampir seharian untuk hasilkan hampir 30 artikel.


Termasuk entri yang ini juga (bezanya ini fresh sikit, saya tulis pagi Jumaat 10 Jun, tapi saya schedulkan untuk publish malam). Dan saya akan sambung menulis dan schedulkan beberapa artikel selepas madah pertama 12 Jun ini kerana jarak masa dengan madah kedua jauh jugak, hampir 6 hari.


Jadi tiada sebarang kekosongan artikel setiap hari, insyaAllah.


Ok, jumpa lagi. Tapi jumpa artikel sajalah, saya tak ada. hehe. :)

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk