kepada kaum yang lemah
Assalamualaikum.
Saya tahu anda lemah. Jika anda kuat pasti anda mampu menjadi manusia berpengaruh yang kesannya bukan sahaja terasa oleh manusia di bumi, tetapi sehingga menghairankan makhluk di langit.
Itu buktinya bahawa anda adalah kaum yang lemah.
Tetapi lemahnya anda bukanlah bertujuan supaya anda berasa puas dengan kelemahan ini. Apatah lagi untuk berputus asa.
Sebaliknya anda dijadikan lemah supaya terasa kekuatan Allah Yang Maha Besar.
Maka jangan serik meminta. Allah suka mendengar permintaan hamba-Nya.
Setiap kali si hamba meminta, mereka jelas sekali mengakui kebesaran Si Pencipta. Dan Allah amat suka apabila hambaNya memperbesarkan diriNya sehingga anda melihat lafaz yang paling banyak disebut ketika solat adalah ‘Allahu Akbar’.
Sedarlah bahawa diri anda adalah lemah.