tip blogging: artikel panjang atau pendek
Assalamualaikum.
Jika anda rajin melawat ke blog-blog yang ada di Malaysia ini, kebanyakannya menulis artikel dengan panjang yang sederhana. Tak terlalu panjang, tak terlalu pendek.
Tetapi jika anda rungsing dalam mahu memilih jenis penulisan sama ada panjang atau pendek, inilah masanya anda meninggalkan kerungsingan tersebut.
Sebenarnya pembaca tidak kisah dengan artikel anda sama ada panjang atau pendek. Yang mereka kisahkan adalah manfaat atau tidak artikel tersebut kepada mereka.
Ada artikel yang panjang, tetapi menarik minat mereka kerana bermanfaat. Artikel pendek lebih-lebih lagi.
Jika anda berkebolehan, tulislah artikel yang pendek tapi bermanfaat sama seperti artikel panjang. Ini akan menguntungkan masa anda dan pembaca.
Tapi anda janganlah paksa diri. Bimbang aura dan keasliannya hilang pula.