pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

cerpen sempena musim peperiksaan


Tasbih


"SOLAT berjemaah subuh sudah lama usai. Semua jemaah masjid kampung Jimha juga sudah pulang. Hanya tinggal Abid bersila keseorangan di saf pertama dalam masjid lama seluas dua gelanggang badminton itu.


Angin pagi tekal menyilir masuk melewati jendela yang terbuka. Deru air sungai yang mengalir di tepi masjid papan itu dibumbu bunyi serindit, kelicap dan pipit yang mulai riuh. Ayam jantan yang berkokok gagah sekali-sekala, melengkapkan dendang pagi kampung Jimha.


Abid meladeni semua itu dengan jiwa yang dibalut buncah. Meski tasbih dipetik satu persatu sembari mulut terkumat-kamit melafaz kalimah Allah, tetapi mindanya berkelintar dan hatinya terus dipasung ragu.


Betapa hari ini sangat penting bagi Abid. Hari ini dia perlu memutuskan, dan hari ini dia perlu buat keputusan.



Biasanya Abid akan duduk di masjid hingga masuk waktu dhuha. Dia akan terus solat sunat dhuha kemudian berzikir, membaca al-Quran dan beriktikaf di masjid santak ke zuhur. Sebelum masuk zuhur, dia akan tidur sekejap untuk ambil pahala sunah.




Usai solat zuhur berjemaah dan berdoa panjang-panjang dia akan pulang ke rumah dan biasanya bertembung dengan ibunya Hajah Salimah yang baru pulang dari menoreh getah. Apabila bertembung muka, dia dan ibunya saling berbalas senyuman tetapi masing-masing hanya diam seribu bahasa. Abid akan masuk ke bilik dan membentang sejadah, kemudian kembali berzikir sambil menanti panggilan ibunya untuk makan tengah hari.




Usai makan tengah hari, pasti akan datang orang-orang kampung minta air jampi tasbih kayu kokanya. Mereka lebih suka untuk minta air jampi Abid dari pergi ke Klinik Desa. Lagipun memang Abid sudah tetapkan waktu itu untuk orang datang berubat, kerana pada waktu lain ingin dipenuhinya dengan berzikir mengingati Allah. Semakin banyak zikir dan solat sunatnya, tentu doanya akan lebih mustajab, fikirnya selalu."



*****


Keputusan berat apakah yang perlu diputuskan oleh Abid hingga menganggu kekhusyukannya berzikir kepada Allah?


Apa pula salahnya dengan pengamaln zikir dan solat sunat yang banyak dilakukannya?



Kaitannya dengan kayu koka?



Baca artikel penuh di sastera@utusan, tasbih.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk