pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

rahsia kepuasan menulis blog



Assalamualaikum.


Rahsia sebenar dalam kepuasan berblog adalah apabila anda mendapat rentak menulis yang tersendiri. Ketika itu anda akan berblog dengan bebas dan jauh daripada terikat dengan apa-apa desakan berblog.


Apabila anda sudah boleh menulis dengan bebas, anda tidak akan berasa kesukaran untuk update artikel anda sebanyak mana yang anda suka.


Kekerapan update artikel akan menyebabkan traffik anda meningkat dari masa ke semasa. Lebih kerap anda update blog, lebih cerah peluang untuk blog anda dilawati.


Sebab itu pentingnya mendapat rentak menulis blog.


Anda akan mendapat rentak menulis yang tersendiri apabila anda menulis tentang sesuatu yang anda mahir. Kebanyakan blogger menyebutkan perkara ini. ‘Tulis berkenaan niche yang kita kuasai’, kata mereka.


Apabila anda menulis sesuatu yang anda mahir, pembaca akan menganggap anda memang pakar di bidang tersebut. Apabila mereka ingin mendapatkan maklumat berkenaan bidang tersebut, blog anda akan termasuk di dalam senarai rujukan mereka.


Bagi saya inilah rahsia sebenar kepuasan menulis blog.


Atau anda ada pandangan lain untuk diutarakan?

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk