pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Cara mendapatkan banyak komen

Assalamualaikum.


Untuk mendapat komen yang banyak terhadap artikel yang anda hasilkan di blog bukan perkara mudah. Namun tidak mustahil untuk anda dapatkan.


Mari kita kongsikan.


Artikel yang disukai


Supaya penulisan anda mendapat perhatian pembaca, artikel anda mestilah ditulis dengan menarik. Daripada tajuk artikel anda dimulakan, sehinggalah ke noktah ayat terakhir di dalam artikel anda, semuanya memainkan peranan dalam menentukan artikel anda menarik ataupun tidak.



Ciri-ciri artikel menarik termasuklah isi yang bermanfaat, gaya bahasa yang dekat dengan pembaca, idea yang bernas dan jarang disebut orang, serta penyampaian yang jelas.


Timbulkan persoalan dan perbincangan


Jika anda dapat menyampaikan isi artikel dengan jelas, dan artikel tersebut pula bermanfaat kepada pembaca, mereka tidak akan segan untuk berinteraksi bersama anda di ruangan komen.


Ketika inilah persoalan dan perbincangan sangat perlu dimanfaatkan.


Namun perkara ini sangat sukar. Tidak ramai penulis yang mampu melakukannya.


Rajin blogwalking dan komen blog orang lain


Jika anda mahu orang berkomen di blog anda tanpa anda sendiri berkomen di blog orang lain, anda sedang berangan-angan sebenarnya.


Lumrah hidup manusia adalah suka mendapat perhatian lebih daripada memberi perhatian kepada orang lain.


Carilah blog-blog yang sama niche (topic perbincangan) dengan blog anda supaya kunjungan anda berbalas. Selepas berbelas-belas (jika bukan satu dua) komen, pasti dia akan kembali membalas komen di blog anda pula.


Cuma janganlah diharapkan blog yang terdapat berpuluh-puluh komen untuk kembali membalas di blog anda, payah juga tu.


Jadi inilah cara-cara yang dapat saya kongsikan. Macam mana, sukarkan cara untuk mendapatkan banyak komen di blog?


Oleh itu janganlah harapkan orang berkomen di blog anda. Yang penting apa yang kita berikan kepada orang, bukan apa yang orang berikan kepada kita.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk