pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Konsep Ikhlas yang diajar Nabi



Assalamualaikum.


Adakah kita beribadah kerana berasa takut dengan ancaman dan azab daripada Allah? Adakah kita beribadah kerana mahukan kedudukan dan balasan yang baik di sisi Allah?


Jawapan yang sepatutnya ialah ya.


Adakah kita beribadah kerana rasa malu dan bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk mendapat nikmat-nikmat yang banyak?


Jawapan yang sepatutnya ialah ya.


Bahkan ketahuliah bahawa nabi kita paling banyak melakukan amalan kebaikan kerana rasa malu dan syukur baginda terhadap Allah S.W.T.



Hal ini diakui sendiri oleh baginda ketika baginda ditanya oleh Ummul Mukminin Aisyah R.A. tentang mengapa baginda melakukan ibadah dengan hebat sedangkan baginda sudahpun dijanjikan syurga. Maka dijawab oleh nabi kita bahawa baginda ingin menjadi hamba Allah yang bersyukur.


Sepatutnya inilah niat melakukan amalan yang kita tiru daripada baginda. Melakukan ibadah kerana rasa syukur dan malu di atas nikmat-nikmat Allah yang banyak dikurniakanNya kepada kita.


Sesungguhnya inilah konsep ikhlas yang diajar oleh nabi kita Muhammad S.A.W.


Wallahu'alam.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk