Faktor kemuliaan para sahabat
Assalamualaikum.
Para sahabat nabi adalah golongan manusia yang paling mulia selepas golongan para nabi (menurut pendapat beberapa ulama).
Sahabat-sahabat nabi kita yang berjumlah 124 ribu orang menurut pendapat sesetengah ulama adalah sangat tinggi martabat mereka berbanding mana-mana muslim yang tidak mandapat peluang seperti mereka.
Peluang yang disebutkan adalah peluang bertemu dengan nabi kita sedang mereka pula beriman dengan baginda.
Nabi kita adalah makhuk yang tersangat mulia. Kemuliaan baginda itu justeru melimpah sehingga para sahabat yang sempat bertemu dan beriman dengan baginda juga diangkat menjadi mulia.
Di samping itu para sahabat nabi diakui adalah orang-orang yang benar keimanan mereka. Masakan tidak sedangkan keislaman mereka ketika itu berbayarkan nyawa. Mengaku Islam bermakna menyediakan tengkuk untuk dipenggal oleh pembenci-pembenci Islam.
Melainkan setelah Hijrah barulah umat Islam mendapat dimensi baru dalam pengamalan hidup sebagai muslim. Namun kedudukan mereka di sisi Allah tetap tinggi dan mulia kerana mereka sempat bersama dengan kekasihNya iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Betapa tingginya kemuliaan nabi kita.
Semoga Allah menemukan kita dengan baginda sama ada di dunia atau kebih-lebih lagi di akhirat.
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka mengatakan; Wahai Rabb kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan. Dan janganlah Kau jadikan ada rasa dengki di dalam hati kami kepada orang-orang yang beriman, sesungguhnya Engkau Maha Lembut lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hasyr [59]: 10)