pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur

Assalamualaikum.

Apa khabar?


Sebelum tu jemput baca ciri-ciri gadis murahan dan lelaki pengecut kalau anda rasa kesunyian dan lagi elok baca ni, cara meningkatkan keghairahan.



Ok, sambung tajuk perkara yang perlu dilakukan jika terlanjur.

Begini, janganlah sama sekali anda berasa sanggup untuk ditempatkan walau sekejap di neraka Allah. Mintalah sesungguh-sungguhnya supaya dijauhkan daripada tempat yang sangat dahsyat ini.


Saya cakap begini kerana ada waktunya yang anda melakukan maksiat secara sedar, sedangkan anda amat mengetahui setiap kemungkaran kepada Allah, balasannya sangatlah berat.


Anda bayangkan, semua unsur yang ada di dalam neraka dicipta daripada api. Bahkan bukan api seperti api yang kita temui di dunia, tetapi api yang dikatakan 70 kali ganda lebih dahsyat.


Pernahkah anda tersentuh besi panas seperti kuali atau periuk nasi yang panas? Atau pernahkah anda melihat bekas plastik atau botol plastik yang dimasukkan kuah atau air yang panas?


Anda akan melihat ketika itu bekas-bekas plastik tadi akan mengecut atau melebur disebabkan kepanasan cecair yang dikenakan kepadanya.


Maka itulah perbandingannya.


Bayangkan jika yang menjadi bekas plastik tadi adalah jasad anda yang segar bugar itu. Bayangkan yang akan dituangkan cecair panas ke atasnya adalah wajah anda yang cantik dan manis itu. Diceritakan, ahli neraka akan dituangkan cecair panas melalui kepalanya yang panasnya bahan tersebut hingga menyebabkan muka mereka melebur, isi perut mereka hancur, dan kulit-kulit tubuh mereka mencair sehngga tersangkut di buku lali dan tumit mereka.



Lalu berjalanlah mereka dengan menyeret kulit-kulit tubuh yang melekat di kaki seperti berjalannya pengantin perempuan yang mengheret busana labuh.


Maka jika sudah terlanjur berdosa, segeralah memohon ampun kepadaNya. Allah maha Penerima Taubat. Dia akan mengampunkan hambaNya yang ikhlas memohon keampunanNya.


Janganlah sekali-kali kita berputus asa daripada pertolongan Dia Yang Maha Menolong ini.


Ya Allah, rahmatilah kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Merahmati, dan jangalah Engkau menyiksa kami kerana sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas kami.


Amin.




p/s: ikuti kisah seksaan ahli neraka. klikmesti tonton: cerita seksaan neraka

Twitter
Facebook

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
YA TEPAT SEKALI. JGNLAH KITA SIBUK MENGENANG DOSA LAMPAU TP PNDANGLAH MASA HADAPAN YG LEBIH PANJANG, JADI BERTAUBATLAH :) SESUNGGUHNYA APABILA KITA BENAR2 BERAZAM DAN BERTAUBAT, ALLAH ITU MAHA PENERIMA TAUBAT..

INNAHU HUWA TAWWAABUR RAHEEM
My recent post Entry rindu -
Menakutkan sekali azab Allah.
My recent post Maharaja Lawak Akhir – babak peserta akhir
Alhamdulillah...terima kasih dengan artikel ni.
Tersentak hati dan takut bila membayangkan siksa api neraka...
My recent post KASPERSKY INTERNET SECURITY 2012 LICENSE KEY-NEW!
saya takut...
My recent post ~Ada Apa Ari Nie~
Saya nak tanya jika saya pada asalnya memasuki laman sembang dengan niat mencari kawan kemudian menjalin hubungan dengan seorang pengkid.Kami ada bertukar gambar & saya terlanjur bersumpah bersamanya. Walaupun begitu saya menetapkan masa 3 tahun untuk berjumpa & tinggal bersama, dia setuju kerana pada waktu itu ekonomi kami berdua akan lebih stabil. Namun begitu, walaupun sayang saya masih ingin membawanya ke pangkal jalan. Saya pernah bertanya adakah dia kisah jika kami tinggal serumah seperti teman biasa & dia berkata tidak asalkan saya tidak meninggalkan dia namun pernah sekali dia cemburu & menyuruh saya berjanji tidak akan tinggalkannya walaupun kami terlanjur. Saya ulangi saya tidak pernah berjumpa dengannya, namun kami menyasarkan hubungan jangka panjang & hubungan kami bersifat jarak jauh. Adakah selamat untuk saya teruskan persahabatan ini?

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk